thanks and welcome frenz
|Latest|Infos|News||19/05/24 | 22:05|
"Trouble shared is trouble halved."
LATEST NOW

Kaji Selidik Tidak Tepat

Home - Utusan Borneo - Berita
Sarawak
Kaji selidik portal berita tidak tepat:
Abdul Karim
Posted on August 3, 2014, Sunday
KUCHING: Kaji selidik atas talian yang
dijalankan sebuah portal berita yang
menunjukkan semakin ramai rakyat
Malaysia Timur mahu Sarawak dan
Sabah meninggalkan Persekutuan
Malaysia disifatkan sebagai berat
sebelah.
Menteri Muda Perumahan Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah
berkata, tinjauan itu yang hanya
disertai individu-individu tertentu
tidak mewakili suara orang ramai
secara keseluruhan.
“Bagi saya, tinjauan itu tidak tepat
dan tidak adil untuk menyiarkannya
bagi mengatakan penduduk
Sarawak dan Sabah mahu keluar dari
Malaysia. Kenapa pada pilihan raya
baik negeri mahupun Parlimen, kita
menang mudah padahal rakyat turut
mempunyai peluang bersuara pada
pilihan raya.
“Sebaiknya, portal berita itu perlu
melakukan tinjauan di setiap
konstituensi, tanya pendapat 50
orang hingga 100 orang di setiap
konstituensi dan saya yakin,
keputusan kaji selidik itu sudah
tentu berbeza daripada
sebelumnya,” katanya ketika
ditemui di Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri di kediamannya di Jalan
Astana di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas mengenai laporan
portal berita atas talian, ‘The
Malaysian Insider’ berhubung
pungutan suara yang menunjukkan
trend rakyat Malaysia Timur kini
semakin bergolak, dengan
kebanyakan penduduk bandar
Sarawak bercakap secara terbuka
mengenai idea meninggalkan
Malaysia.
Dalam laporan tersebut, tinjauan
terhadap 100 orang di Malaysia
Timur mendedahkan 72 peratus
daripada rakyat Sarawak berasa
meninggalkan Persekutuan Malaysia
adalah pilihan terbaik, dengan hanya
14 peratus di Sabah bersetuju.
Undian itu turut mendedahkan
perasaan curiga dan kekecewaan
yang masih wujud di antara
Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak setengah abad selepas
Persekutuan Malaysia ditubuhkan
pada 16 September 1963.
Abdul Karim turut menyifatkan
laporan itu dapat memecahbelahkan
perpaduan dan keharmonian yang
telah lama terjalin di negara ini.
“Saya difahamkan tinjauan itu
berdasarkan 100 orang, iaitu 50
orang dari Sarawak dan sebahagian
lagi dari Sarawak dan siapakah 50 in­
dividu dari Sarawak itu?
“Jika mereka memilih orang-orang
dari Asajaya menyertai tinjauan itu,
saya pasti jawapan diterima ber­
beza,” jelasnya.
Beliau berkata, tidak mustahil
individu di sebalik kaji selidik itu
mempunyai agenda tersendiri.
“Saya percaya terdapat agenda di
sebalik komen-komen sedemikian,
mungkin mereka cuba melaga-
lagakan negeri ini dengan kerajaan
persekutuan. Ini merupakan satu
trend yang tidak sihat,” katanya.
Share this:

[ home ]
Comments:

Post a comment

LATEST DOWNLOADS
|Zadmp3 |Zadbrow|
Eyzad Hitz Musikz

Mozilla/5.0 AppleWebKit/537.36 (KHTML, like Gecko; compatible; ClaudeBot/1.0; +claudebot@anthropic.com)ec2-3-128-198-36.us-east-2.compute.amazonaws.com
  • sharing is caring

  • Disneyland 1972 Love the old s