Old school Easter eggs.


thanks and welcome frenz
|Latest|Infos|News||07/05/24 | 21:26|
"The Soul is the voice of the body's interests."
LATEST NOW

SEB PERKENAL APLIKASI TELEFON PINTAR

Utusan Borneo - Berita Sarawak SEB akan perkenal aplikasi telefon pintar pada bulan Jun Posted on March 7, 2015, Saturday KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi rangkaian Pusat Khidmat Pelanggannya akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang dijangka dilancar pada bulan Jun tahun ini. Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan Bahagian Pemasaran SEB Christina Lai, berkata ia bagi memudahkan pelanggan untuk mengetahui status bil semasa, selain melapor masalah teknikal berkaitan dengan perkhidmatan SEB secara terus menerusi telefon pintar. “Pelanggan akan mempunyai platform yang lebih mudah untuk membuat laporan gangguan elektrik hanya dengan memuat naik gambar berkaitan secara terus menerusi aplikasi telefon pintar. “Malah mereka (pelanggan) juga akan dapat berkongsi maklumat lokasi laporan yang dibuat,” katanya ketika bercakap pada sesi perkongsian bersama media di Wisma SESCo di sini semalam. Bagaimanapun, jelasnya, buat masa sekarang aplikasi itu sedang dalam proses pembangunan dan pelancarannya kelak diyakini dapat membantu penggunaan talian bebas tol, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan SMS dan e-mel yang kini sedang digunakan. Pada sesi itu juga, Lai mendedahkan sebuah Pusat Khidmat Pelanggan akan dibina di Miri pada bulan Oktober depan yang berperanan mengurangkan masalah dan kekangan berkaitan bekalan tenaga yang dihadapi pelanggan di Utara Sarawak. “Pada masa sama, pusat panggilan pelanggan kami juga sedang giat berkembang dan sebarang proses dan permohonan yang tidak berkaitan akan diabaikan bagi memberi laluan yang lebih pantas kepada pelanggan lain yang mempunyai aduan yang lebih utama,” katanya. Pada masa ini, SEB mengawal selia sebanyak 600,000 akaun yang merangkumi 84 peratus pelanggan domestik, 14 peratus bagi pelanggan komersil, 0.2 peratus bagi pelanggan industri dan 1.3 peratus untuk lampu awam. Hadir sama ialah Timbalan Presiden Bahagian Pemasaran SEB Lau Kim Swee dan Pengurus Komunikasi Korporat SEB Ahadiah Zamhari.

[ home ]
Comments:

Post a comment

LATEST DOWNLOADS
|Zadmp3 |Zadbrow|
Eyzad Hitz Musikz

Mozilla/5.0 AppleWebKit/537.36 (KHTML, like Gecko; compatible; ClaudeBot/1.0; +claudebot@anthropic.com)ec2-3-145-111-125.us-east-2.compute.amazonaws.com
  • sharing is caring